Arteta geram Arsenal jadi mangsa kesilapan VAR – Sukan


ARSENAL menjadi mangsa kesilapan besar video bantuan pengadil (VAR) selepas Pembantu Pengadil Video, Lee Mason terlupa untuk membuat garisan bagi jaringan penyamaan Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, London pada Sabtu.

The Gunners menyangka mereka sudah memperoleh kemenangan selepas Leandro Trossard menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu.

Begitupun tandukan jarak dekat pemain The Bees, Ivan Toney memusnahkan harapan Arsenal apabila Brentford mengikat pendahulu EPL itu 1-1.

Jaringan itu menimbulkan kontroversi apabila pemain tengah Brentford, Christian Norgaard berada dalam kedudukan ofsaid apabila dia membantu tandukan Toney.

Gol Brentford akan diketepikan sekiranya VAR digunakan dengan betul. — Agensi

Gol penyamaan itu mungkin terbatal sekiranya garisan VAR dilukis dengan betul, tetapi Mason didakwa terlupa untuk menggunakan semua garisan berkaitan ketika menentukan sama ada gol itu sah atau tidak.

Bekas pengadil EPL, Chris Foy memberitahu MailSport bahawa VAR diulang tayang beberapa kali bagi meneliti sama ada Ethan Pinnock berada di kedudukan ofsaid.

“Dia melihat jika ada kekasaran tetapi ia tidak berlaku dan oleh sebab itu, pengadil, Peter Bankes tidak membuat kesilapan yang jelas dan nyata.

“Begitupun, VAR tidak meneliti insiden itu secara menyeluruh. Ia satu kesilapan manusia. Gol itu pasti tidak dibenarkan kerana ofsaid,” jelasnya.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta juga mendakwa jaringan penyamaan Brentford sepatutnya dibatalkan kerana ofsaid.

The Gunners tewas kepada Everton minggu lalu dan keputusan seri kali ini meletakkan mereka hanya enam mata di depan Manchester City yang berada di tangga kedua.

“Saya baru lihat kembali dan ia ofsaid. Anda tidak boleh menghalang jika berada di kedudukan ofsaid. Sudah terlambat, tidak mengapa, gol dibenarkan dan kami kehilangan dua mata,” kata Arteta.

Arteta mendakwa jaringan penyamaan Brentford sepatutnya dibatalkan kerana ofsaid. — Agensi

Keputusan itu boleh memberi kesan yang besar kepada Arsenal kerana ia melibatkan pengumpulan mata untuk merebut kejuaraan liga.

Arteta akan membawa perkara tersebut kepada bos EPL memandangkan ia keputusan penting dalam usaha Arsenal memburu gelaran liga pertama sejak tahun 2004.

“Mereka mungkin akan memberikan penjelasan di akhir minggu depan. Hari ini belum ada apa-apa,” katanya.

Ketika ini, The Gunners berada di puncak liga dengan enam mata di depan Manchester City.

Pasukan tersebut mempunyai peluang untuk merapatkan jurang dengan hanya tiga mata sekiranya mereka menewaskan Aston Villa di Etihad pada Ahad, sebelum juara bertahan itu bertandang ke Arsenal pada Rabu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Remember what I told you’, 3 projek baharu TMJ mungkin digalas Mamba JDT – Sukan

Next Post

Saluran TV percuma tayang Liga M dijangka bersiaran awal April – Sukan

Related Posts