Arsenal menang dengan jersi ‘tak betul’, Adidas ambil masa berbulan untuk ‘fix’ – Sukan


ARSENAL memulakan kempen musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan di Stadium Emirates apabila terpaksa berhempas pulas sebelum menumpaskan Nottingham Forest 2-1 pada Sabtu, namun kesilapan pada kit pasukan itu lebih mencuri tumpuan.

Dalam perlawanan tersebut, jika dilihat dengan mata kasar seperti tiada apa masalah berlaku namun apa yang mengejutkan adalah Arsenal sebenarnya memakai jersi yang mempunyai kesilapan.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengeluar barang sukan, Adidas yang mengatakan bahawa terdapat kesilapan pada rekaan baju tersebut.

Baju baharu The Gunners itu bertujuan untuk memperingati mereka sebagai pasukan ‘famous Invincibles’ dengan jahitan di bahagian tepi kerana merekodkan 38 perlawanan tanpa kalah ketika kempen 2003/04.

Selain itu, Adidas turut memaklumkan kepada peminat The Gunners menerusi emel yang mengatakan bahawa kit tersebut terpaksa ditangguhkan dan sekali gus akan mengembalikan bayaran tersebut.

“Kami telah menyedari terdapat kesalahan pada reka bentuk baju rasmi Arsenal musim 2023/24.

“Kami tidak dapat memenuhi pesanan anda sekarang. Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan dan akan membatalkan serta mengembalikan bayaran anda sepenuhnya,” jelas Adidas dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pihak Adidas turut memaklumkan bahawa untuk memperbaiki kesilapan pada baju tersebut akan memakan masa dan dianggarkan siap pada September.

Justeru, Arsenal akan terus beraksi dengan memakai kit yang salah di laman sendiri. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Ada tawaran daripada luar negara’, ejen kongsi masa depan Bernhardt – Sukan

Next Post

Belajar kesilapan lalu, fans mahu Sabah simpan ‘gear 5’ lawan KL City – Sukan

Related Posts