Antonio Conte dilantik pengurus baharu Tottenham

TOTTENHAM melantik bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte sebagai pengurus baharu kelab itu sehingga musim panas 2023.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memecat Nuno Espirito Santo pada Isnin selepas hanya 17 perlawanan, dengan Spurs di tempat kelapan dalam kedudukan EPL.

Menurut Tottenham, terdapat ‘pilihan untuk melanjutkan’ perjanjian bersama Conte yang berusia 52 tahun.

“Saya sangat gembira untuk kembali ke melatih, dan melakukannya di kelab Liga Perdana yang mempunyai cita-cita untuk menjadi protagonis semula,” kata Conte.

Pengurus kelahiran Itali itu kembali ke London selepas memenangi EPL pada musim pertamanya di Chelsea (2016-2017) dan Piala FA pada musim keduanya sebelum dipecat pada 2018.

Beliau kemudian membawa Inter Milan merangkul kejuaraan Serie A pertama mereka dalam tempoh 11 tahun sebelum meninggalkan kelab itu pada Mei.

Conte menguruskan Inter Milan selama dua tahun dan ia merupakan keputusan bersama untuk menamatkan kontraknya dengan berbaki satu tahun. – BBC

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Messi rindu segala-galanya tentang Barcelona, mahu kembali ke kelab lama selepas tamat kontrak bersama PSG

Next Post

Conte dedah sebab pernah tolak Tottenham

Related Posts