Aniaya kucing peliharaan, Kurt Zouma disiasat polis

PEMAIN pertahanan West Ham, Kurt Zouma disiasat polis selepas tular video memaparkan dia menendang dan menampar kucing peliharaannya.

Polis Surrey telah mengesahkan ‘pertanyaan sedang dijalankan’ berikutan ‘dakwaan berhubung haiwan didera’ dan mereka kini bekerjasama dengan RSPCA (pertubuhan perlindungan haiwan) dalam menjalankan siasatan.

Rakaman yang mengejutkan menunjukkan Zouma menendang, mengejar dan menampar haiwan peliharaannya itu.

Kenyataan daripada Polis Surrey kepada Evening Standard berbunyi: “Siasatan sedang dijalankan selepas kami menerima pertuduhan awal hari ini (8 Februari), berhubung seekor haiwan didera di sebuah alamat di utara Surrey”.

Zouma telah memohon maaf secara terbuka atas perbuatannya itu.

West Ham dalam maklum balasnya juga mengecam tindakan pemain itu.

“Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang terkesan dengan video itu.

“Saya ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa kedua-dua kucing kami baik-baik saja dan sihat,” kata Zouma. – Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tahniah! Abdul Latif, Mun Yee kini bergelar Datuk

Next Post

McGregor jumpa Justin Bieber, tapi peminat teruja lihat tubuhnya

Related Posts