Andai mahu capai ‘next level’, Sabah FC perlu fikir 3 faktor sebelum sambar ex import Kelantan – Sukan


ENAM kemenangan serta dua kekalahan yang direkodkan selepas 10 perlawanan membuktikan Sabah FC berjaya meneruskan rentak musim lalu.

Selepas menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super 2023, skuad Sang Badak seperti tidak mahu mensia-siakan kebangkitan yang dipamerkan dengan prestasi cukup cemerlang ketika ini.

Kemenangan selesa 2-0 ke atas Selangor FC di laman sendiri baru-baru ini menghangatkan lagi keadaan memandangkan kelab itu masih memasang cita-cita untuk layak ke pentas Asia dua musim berturut-turut.

Jadi, untuk memastikan sasaran itu mampu dicapai, pasukan Borneo terbabit pasti akan meletakkan sandaran yang cukup tinggi terhadap pemain import yang dimiliki.

Namun, baru-baru ini, Sabah FC mengumumkan penyerang kelahiran Nigeria, Njoku Jacob terpaksa dilepaskan selepas khidmat pemain itu seakan-akan tidak membawa sebarang perubahan.

Dia yang menyertai skuad Sang Badak dari Kelantan United jendela perpindahan lalu hanya diturunkan sebanyak dua kali, dengan kedua-duanya hadir dari bangku simpanan.

Oleh itu, khabar angin mengatakan kuota import yang ditinggalkan pemain berusia 25 tahun itu bakal diisi penyerang Kelantan FC, Ismahel Akinade.

Ismahel merupakan calon utama untuk menggantikan Njoku Jacob. — Facebook/TRW Kelantan FC

Pemain yang dianggap sebagai ayam tambatan skuad The Red Warriors (TRW) itu memainkan peranan cukup penting selepas menjaringkan tiga gol daripada tujuh penampilan.

Walaupun perpindahan itu sepertinya sukar untuk direstui pihak pengurusan Kelantan FC, tawaran yang menarik daripada skuad Sang Badak mampu mengubah segala-galanya.

Bagaimanapun, usaha Sabah FC untuk memperkukuhkan lagi pasukan mereka tidak terhenti di situ apabila khabar angin turut mengatakan mereka berminat menyambar bekas import Kelantan FC, Kenta Hara.

Penyerang kelahiran Jepun itu dikhabarkan tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontraknya tidak disambung kelab Pantai Timur itu Disember lalu.

Namun, memandangkan mereka masih berkira-kira untuk mendapatkan antara Ismahel ataupun Kenta, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat pihak pengurusan Sang Badak.

1. Minit permainan

Jika hendak dibandingkan dari segi tempoh kontrak di Kelantan FC, Kenta sepertinya mempunyai kelebihan memandangkan dia menghabiskan enam bulan bersama kelab berkenaan.

Ketika itu, skuad TRW yang berada dalam saingan Liga Perdana memilih untuk membawanya masuk bagi menghidupkan peluang mereka untuk layak ke divisyen teratas bola sepak tempatan.

Kenta bergelut untuk mendapatkan minit permainan musim lalu. — Facebook/TRW Kelantan FC

Tetapi, kehadiran seorang lagi penyerang import musim lalu, Nixon Guylherme menyaksikan Kenta lebih kerap diletakkan di bangku simpanan.

Bukan itu sahaja, beberapa masalah kecederaan yang dialami juga menyaksikan penyerang berasal dari Negara Matahari Terbit berkenaan juga menyaksikannya lebih kerap disisihkan.

Jadi, sekiranya Sabah FC yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swee memilih untuk membawa masuk Kenta, mereka perlu mengambil kira masalah itu.

Tambahan pula, dengan mereka bakal berentap dalam saingan Piala AFC, isu kecergasan sebegitu pastinya memainkan peranan penting pada jendela perpindahan akan datang.

2. Sejarah kecederaan lampau

Seperti yang dikatakan awal tadi, pemain berusia 25 tahun itu pernah bergelut dengan isu kecederaan yang menyekat minit permainannya bersama skuad TRW.

Meskipun Rezal Zambery Yahya yang pernah mengendalikan Kelantan FC musim lalu menepis khabar angin itu, reputasinya yang mudah dilanda kecederaan sudah cukup diketahui.

Faktor itu juga dikatakan antara punca Kenta masih tidak terikat dengan mana-mana pasukan sehingga dia berjaya berada di tahap kecergasan terbaik.

Kenta hadir dengan harapan menggunung daripada penyokong Kelantan FC. — Facebook/TRW Kelantan FC

Oleh itu, dengan Sabah FC perlu seseorang untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung Darren Lok sebagai penyerang tunggal mereka, pihak pengurusan pastinya menolak kehadirannya itu.

Tidak cukup dengan itu, Njoku juga sebelum ini dikatakan dibawa masuk untuk menguatkan jentera serangan, namun kecederaan yang dialami menyaksikannya terus disisihkan.

Jadi, sekiranya skuad Sang Badak mengambil keputusan untuk menyambar Kenta, ia seolah-olah menunjukkan mereka tidak mempelajari situasi yang pernah dialami awal musim lalu.

3. Isu taktikal

Musim lalu, Kenta masih memainkan peranan penting buat Kelantan FC yang berada di Liga Perdana dengan beberapa jaringan serta bantuan gol dihasilkan.

Ia termasuk jaringan tunggal ketika pusingan awal Piala Malaysia menentang Sarawak United FC yang sedikit sebanyak mengesahkan tiket mereka ke peringkat suku akhir.

Namun, memandangkan Sabah FC beraksi di pentas Liga Supe kali ini, terdapat beberapa persoalan perlu ditanyakan terhadap pemain dengan ketinggian 1.72 meter itu.

Darren Lok merupakan satu-satunya penyerang senior dimiliki Sabah FC ketika ini. — Facebook/Sabah FC

Antaranya, kebolehannya untuk beraksi dengan lebih pantas seperti yang dilakukan anak-anak buah Kim Swee ketika ini setiap kali hari perlawanan.

Tambahan pula, dengan kekurangan pengalaman serta pendedahan untuk beraksi di divisyen atasan, terdapat risiko untuknya gagal menyesuaikan diri.

Namun, sekiranya pihak pengurusan Sabah FC berani untuk melakukan perjudian itu, ia pasti cukup menarik untuk melihatnya menyerlah dalam arena bola sepak tanah air. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Acara serah pingat bercahayakan lampu kereta, Sukan SEA Kemboja jadi bahan gelak tawa warganet – Sukan

Next Post

Sukan SEA Kemboja: Kimberly Bong raih pingat emas ke-10 negara – Sukan

Related Posts