Analisis EPL: Solskjaer bocor rahsia kenapa Man. United berbelanja sakan musim ini

DI atas kertas, Manchester United seolah-olah cukup ampuh untuk memberikan cabaran dalam musim baharu Liga Perdana England yang akan bermula hujung minggu ini.

Sepertimana pasukan lain yang memerlukan skuad besar untuk memacu pasukan ke arah kejuaraan, The Red Devils juga semestinya tidak mahu ketinggalan.

Semua orang tahu pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer memerlukan pasukan yang lebih besar untuk bersaing di pentas domestik mahupun Eropah.

Cuma persoalannya, adakah skuad kali ini mampu untuk memacu pasukan ini secara berterusan?

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan pelik EPL…Tak perlu tunjuk bukti ujian Covid-19, status vaksin bila masuk stadium

Perlu ditegaskan, pengurus itu sudah melakukan tugas dengan baik untuk memperbaiki pasukan tetapi tetapi memerlukan seorang atau dua lagi sumber pemain sebagai ganti.

Tidak hairanlah, Solskjaer seolah-olah tersenyum lebar selepas hasrat untuk mendapatkan beberapa pemain berkualiti berkelas A seperti Jadon Sancho dan Raphael Varane berjaya direalisasikan musim ini.

“Kami perlukan skuad yang besar. Sesetengah pemain mungkin akan dipinjamkan hingga Krismas ini atau pun sepanjang musim sebagai pendedahan.

“Justeru, kami perlukan pemain yang memiliki X Factor dan boleh menghadirkan perbezaan bagi mengisi kekosongan,” dedah Solskjaer.

Ketika ini, kehadiran beberapa pemain seperti Edinson Cavani, Paul Pogba dan juga Sancho seakan-akan beri bayangan awal betapa United memiliki kesebelasan terbaik serta berkemampuan untuk mencabar tidak kira di Old Trafford mahupun venue lawan.

Jika pasukan yang berpangkalan di Manchester itu mampu mengembalikan kegemilangan sepertimana era Alex Ferguson, segala kesilapan yang pernah dilakukan musim lalu seharusnya dielakkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebagai contoh, kudrat Bruno Fernandes diperah habis-habisan apabila beraksi sebanyak 58 perlawanan sepanjang musim lalu, namun ketajamannya mula dipertikaikan pemerhati bola sepak sebaik United tewas kepada Villarreal di final Liga Europa.

Solskjaer juga tahu yang kelab itu memerlukan seseorang yang lebih cergas di jentera serangan memandangkan Cavani, 34, tidak tidak lagi mampu untuk bermain penuh 90 minit dalam setiap perlawanan.

Untuk itu, kredibiliti pemain muda seperti Mason Greenwood dan Anthony Martial tidak boleh dipandang rendah memandangkan musim ini menjadi detik terbesar buat kedua-dua pemain ini membuktikan kemampuan selepas banyak kali diberikan peluang sebagai supersub musim lepas.

Donny van de Beek

Untuk memacu pasukan ke tahap lebih baik, United memerlukan seorang pemain tengah bertahan, jadi tidak mustahil perancang Rennes, Eduardo Camavinga disebut-sebut berada dalam radar United sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

Namun, tonggak muda United, Donny van de Beek juga harus diberikan lebih minit permainan memandangkan majoriti daripada 36 penampilannya bersama United musim lepas adalah sekadar sebagai pemain gantian.

Dalam aksi pra musim menentang Everton sebelum ini, van de Beek berjaya membuktikan kualiti yang dimilikinya apabila tampil aksi cemerlang mengemudi jentera tengah United. – manchestereveningnews

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts