Anak tak berdosa jadi pelampias marah, Azam Azih dan isteri maafkan peminat toksik – Sukan


SELEPAS layak ke Piala Asia 2023, kem Harimau Malaya memberikan kegembiraan lagi buat tanah air apabila mengesahkan kemaraan ke pentas final Piala Raja Thai 2022 setelah menewaskan pasukan tuan rumah, Thailand.

Aksi yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand pada Ahad itu menyaksikan Corbin Ong muncul wira negara dengan menjaringkan gol pendahuluan sebelum penjaga gawang, Ahmad Syihan Hazmi menyelamatkan sepakan penalti penentuan untuk menang 5-3, selepas terikat 1-1.

Namun dalam kemanisan meraihkan kejayaan itu, tidak dapat dinafikan terselit komen-komen negatif yang dilemparkan oleh sesetengah penyokong Harimau Malaya kepada pemain tengah, Nor Azam Azih.

Kecaman yang diterima oleh pemain berusia 27 tahun itu timbul selepas Azam Azih diperintahkan keluar padang kerana menerima dua kad kuning ekoran kekasaran dilakukannya dan Thailand mendapat sepakan percuma diluar kotak penalti.

Bukan hanya melemparkan kata-kata negatif di laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), malah laman Instagram peribadi Azam Azih turut diserang oleh penyokong.

Lebih teruk lagi, gambar anak lelaki Azam Azih yang berusia dua tahun itu turut dijadikan tempat peminat bola sepak tanah air melemparkan geram terhadap persembahan permainan pemain itu.

Sedikit terkilan dengan tindakan orang ramai itu, isteri Azam Azih, Iffa Najiha Nur Mohamed menerusi laman Insta Story miliknya mengingatkan agar jangan memberi komen di hantaran gambar cahaya mata mereka, Isyraf itu.

Tangkap layar luahan isteri Azam Azih. — Instagram

“MashaaALLAH takut sangat baca komen-komen anda, Dahlah dekat gambar anak yang tak bersalah. Nak taip atau komen sesuatu jangan dengan hawa nafsu. Iffa maafkan semua. InshaALLAH dengan kecaman semoga Azam dapat belajar dari kesilapan dan berusaha untuk beri yang terbaik di masa akan datang. Doakan yang baik-baik semua,” tulis isteri Azam Azih dengan menggunakan nama Instagram, Iffanajiha.

Memberi respons terhadap kecaman orang ramai itu, Azam Azih tampil meminta maaf dan menerima segala komen-komen penyokong sama ada berbaur positif mahupun kata-kata negatif.

Tangkap layar hantaran Azam Azih mengenai kecaman orang ramai terhadapnya. — Instagram Azam Azih

“Minta maaf semua. Dah cuba yang terbaik tapi hilang fokus saat terakhir. Terima kasih keluarga dan pasukan bagi kata-kata semangat. Komen-komen positif dan negatif semua akan jadi pembakar semangat saya untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” tulisnya menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Malaya akan bertemu Tajikistan dipentas final selepas melakar kejutan menundukkan Trinidad & Tobago, dalam satu lagi aksi sebelum perlawanan itu berlangsung.

Azam atau nama sebenarnya Mohammad Nor Azam Abdul Azih mendirikan rumah tangga bersama Iffa Najiha pada November 2019 dan dikurniakan anak lelaki, Isyraf yang kini berusia dua tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Berang cinta ditolak, bekas tok sami bertubi-tubi tikam muka, dada jaga sampai mati – Sukan

Next Post

Pan-gon puji semangat juang, kekuatan mental Harimau Malaya – Sukan

Related Posts