Amaran FAM, tindakan tatatertib jika pengadil bercakap dengan media – Sukan

TINDAKAN tatatertib bakal dikenakan terhadap semua pengadil tempatan, penilai dan instruktur pengadil sekiranya mereka didapati membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran bertulis daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut laporan media tempatan, satu pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa Tatatertib FAM, Shailida Bashirah Bhishamuddin, dikeluarkan untuk memastikan para pengadil, penilai pengadil dan instruktur yang bertugas di dalam dan luar negara mematuhi peraturan sedia ada.

“Artikel 61 Kod ini hendaklah dibaca bersama Artikel 82 Statut FAM (edisi 2020). Artikel 61-Kenyataan Akhbar adalah pegawai atau pemain tidak boleh membuat apa-apa kenyataan kepada media, secara lisan atau bertulis tanpa kelulusan atau kebenaran bertulis atau lisan daripada Jawatankuasa Eksekutif seperti yang dinyatakan di bawah Artikel 88 Statut FAM atau peraturan-peraturan atau arahan-arahan atau pekeliling yang dikeluarkan.

“Di mana kelulusan atau kebenaran diberikan, kenyataan yang dibuat atau diberikan kepada media hendaklah mengikut Artikel 88 Statut FAM dan mana-mana peraturan-peraturan atau arahan-arahan atau pekeliling FAM yang sedang digunapakai atau yang akan dikeluarkan pada masa akan datang,” katanya.

Pegawai atau pemain tidak boleh membuat apa-apa kenyataan kepada media, secara lisan atau bertulis tanpa kelulusan atau kebenaran. — Agensi

Sementara itu, bagi Artikel 82 (dahulunya Artikel 88) membabitkan sumbangan kepada media pula, Presiden atau Setiausaha atau mana-mana pegawai yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Eksekutif boleh membuat kenyataan atau sumbangan kepada media namun bersyarat.

“Dengan syarat tidak menyentuh atau menyampaikan kilanan, menyampaikan perasaan tidak puashati atau mengecam mengenai urusan pentadbiran hal-ehwal FAM atau pengelolaan liga Malaysia atau lain-lain pertandingan yang direstui atau diluluskan oleh FAM.

“Memperlekehkan, mengancam, memperkecilkan, merungut, mempersoalkan atau mempertikaikan prestasi mana-mana pegawai dan mengugat FAM atau Pertandingan.

“Bercanggah, mempertikaikan, mempersoal atau fakta yang diberikan adalah tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan keputusan Badan FAM mengikut artikel 2l, statut FAM iaitu keputusan Kongres, Jawatankuasa Eksekutif, Presiden, Jawatankuasa Darurat, Jawatankuasa Tetap, Sekretariat Agung dan Badan Kehakiman FAM.

“Mempunyai niat bertujuan menghina, mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej Pegawai FAM atau memperlekehkan mana-mana Pegawai FAM atau Pegawai Ahli atau bercanggah dengan mana-mana peraturan FAM atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif dari semasa ke semasa,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anggap Lucas Silva ‘dibunuh’ rakan sendiri, penyokong siap ugut jangan sampai main dalam stadium kosong – Sukan

Next Post

‘Dia memang layak,’ Azraai approve bekas anak buah ganti Aidil – Sukan

Related Posts