‘ALLAH masih sayang’, Khalid Jamlus terselamat nahas bas – Sukan


BERPANTANG maut sebelum ajal. Demikian terjadi kepada bekas penyerang skuad bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus selepas bas yang dinaiki dalam perjalanannya ke Pulau Langkawi terbabit dalam kemalangan.

Perkhabaran itu dikongsikan oleh Khalid dalam satu video berdurasi 1 minit 4 saat ketika bekas pemain Perak FA itu sedang membuat sesi live bersama beberapa orang sahabatnya.

“ALLAH, terkejut bas dinaiki abang Khalid kemalangan. Dalam perjalanan ke Langkawi,” tulis kapsyen video tersebut.

Menerusi rakaman video berkenaan, kelihatan keadaan bas yang remuk teruk di bahagian depan selain tingkap hadapan pecah akibat kemalangan itu.

Bagaimanapun, bekas penyerang prolifik Harimau Malaya itu dilaporkan selamat selepas kemalangan itu.

“Pada 7 April 2023, kenangan yang tak mungkin dilupakan…Alhamdulillah Allah menyayangi kami semua,” tulis Khalid di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Khalid bersyukur kerana pemain itu tidak cedera sambil menitipkan doa supaya segala urusannya dipermudahkan Tuhan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nafuzi akui kesilapan pemain KDA FC, Solari anggap perjalanan JDT masih panjang – Sukan

Next Post

Bekas winger Selangor tak dapat tolong, tapi pemerhati kongsi 3 solusi atasi masalah area midfield TFC – Sukan

Related Posts