Akui Dollah Salleh bijak bakar semangat pemain, Fadhli harap skrip sama tak berulang – Sukan

TONGGAK pertahanan baharu Melaka United, Mohd Fadhli Shas berharap momen kekalahan kepada Sabah melalui jaringan pada minit terakhir perlawanan tidak akan berlaku sekali lagi pada perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

Malah, situasi itu seakan-akan mengulangi apa yang terjadi ketika Melaka tewas kepada Johor Darul Takzim pada saingan suku akhir Piala FA, 23 Julai lalu.

Menurut Fadhli, Sri Pahang bagaikan pasukan berbeza sejak diterajui Dollah Salleh yang menggantikan Christoph Gamel.

“Tewas pada saat-saat terakhir permainan sememangnya satu momen yang sangat pedih kepada mana-mana pemain dan harap perkara sama tidak akan terjadi lagi.

“Kami perlu kekalkan fokus sehingga tamat wisel permainan jika tidak mahu terus dilanda kekecewaan kerana apa sahaja boleh terjadi dalam bola sepak dan menentang Sri Pahang, saya harap kami tidak lagi lalui detik yang sama,” katanya menerusi kenyataan rasmi MFL.

Tambahnya, tiada jalan mudah buat Melaka United yang berhasrat mahu kembali bangkit selepas dikecewakan Sabah FC di Stadium Likas pada 31 Julai lalu.

“Walaupun bermain di laman sendiri pada Sabtu ini, saya tidak fikir kami ada kelebihan besar memandangkan Sri Pahang sedang lalui fasa terbaik apabila menang dalam tiga perlawanan terakhir.

Fadhli enggan pandang rendah pada skuad kendalian Dollah. — Facebook / MFL

“Memang perlawanan ini sangat getir dan kami perlu memanfaatkan peluang serta ruang malah tidak boleh lakukan banyak kesilapan kerana jentera serangan Sri Pahang begitu berbahaya.

“Saya juga mengenali kekuatan dimiliki Dollah kerana pernah bekerja dengannya semasa bersama pasukan kebangsaan satu ketika dahulu, beliau sangat pandai membangkitkan semangat pemain-pemain.

“Namun Melaka United tidak boleh terlalu gentar dengan Sri Pahang kerana kami juga ada kelebihan tersendiri serta ada pamerkan banyak peningkatan kebelakangan ini, cuma ada kalanya keputusan tidak sebelahi pasukan,” katanya.

Sejak diambil Dollah, Sri Pahang hanya tewas kepada Penang FC, 5-2 pada peringkat suku akhir Piala FA namun berjaya mengejutkan Selangor FC, Kedah Darul Aman FC dan PJ City FC pada tiga aksi terakhir.

Biarpun berada di tangga kesembilan Liga Super, Melaka United masih mempunyai peluang terbuka untuk mengejar kedudukan dalam kalangan empat terbaik berikutan jurang mata yang tipis dengan Kuala Lumpur City selain Sri Pahang, Terengganu, Kedah Darul Aman dan Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Gagal tewaskan Sang Penyu sejak 2019, Nidzam sahut cabaran misi 3 mata – Sukan

Next Post

Tak sabar nantikan FIFA 23, Imran Burhanudeen sasar melangkah ke new level – Sukan

Related Posts