Aksi tarian import The Bos Gaurus warnai kekalahan TRW – Sukan

PENDAHULU Liga Perdana, Kelantan FC menerima tamparan hebat apabila mengalami kekalahan mengejut 1-2 kepada pasukan Perak FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kelantan pada Rabu.

Kelantan yang menurunkan hanya seorang pemain import dalam perlawanan ini bermula garang apabila berada di depan seawal minit ke-2 melalui Jasmier Mehat yang menanduk tajam hantaran Syed Sobri.

Selepas gol tersebut, pasukan Kelantan dilihat kehilangan rentak apabila banyak hantaran dari pemain mereka tidak tepat ke arah rakan sepasukan.

Perak akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-25 melalui pemain sayap mereka, Wan Zack Haikal yang merembat deras dalam kotak penalti yang mana rembatan itu sama sekali menewaskan penjaga gol Kelantan, Nik Amin.

Perak tidak menunggu lama untuk menambah duka Kelantan apabila mereka menambah gol kedua hasil jaringan sendiri Khairul Helmi pada minit ke-20 perlawanan yang mana ketika itu Khairul Helmi cuba mengeluarkan bola tertanduk masuk ke gawang sendiri.

Kedudukan kekal 2-1 memihak pasukan Perak sehingga tamat separuh masa pertama.

Pasukan Kelantan dilihat kehilangan rentak apabila banyak hantaran dari pemain mereka tidak tepat ke arah rakan sepasukan. — Facebook/Kelantan FC

Bersambung babak kedua, Kelantan cuba menambah sengat dengan membawa seorang lagi pemain import iaitu Kenta Hara dalam usaha menyamakan kedudukan.

Pada penghujung permainan, insiden panas berlaku apabila para penyokong Kelantan tidak berpuas hati dengan beberapa pemain Perak yang kerap kali melengahkan perlawanan.

Selepas anak didik Yusri Che Lah selesa mendahului sehingga minit ke-85, terdapat cubaan dari pemain import Perak, Sunday Kolawole Afolabi yang bertindak untuk memanaskan lagi keadaan.

Ketika pasukan pelawat memperoleh sepakan sudut, dia yang berada dalam kawasan penalti sedang menari ke arah penonton Perak yang berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan.

Kelantan yang menurunkan hanya seorang pemain import dalam perlawanan ini bermula garang apabila berada di depan seawal minit ke-2. — Facebook/Kelantan FC

Walau bagaimanapun, dia secara tiba-tiba terjatuh meskipun hanya ada sedikit sentuhan oleh pertahanan Kelantan, Abdul Latiff Suhaimi.

Subday dengan secara tiba-tiba bergolek di atas padang tanpa henti bagi meraih perhatian pengadil perlawanan.

Namun begitu, ia seolah-olah berlebihan tatkala cubaan ini juga dianggap hanyalah sebagai salah satu cara untuk melengahkan permainan.

Tujuh minit masa tambahan diberikan pengadil namun kedudukan kekal 1-2 memihak Perak yang mana keputusan ini sekali gus memberikan kekalahan kedua Kelantan FC dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Namun, TRW masih kekal menerajui takhta Liga Perdana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Simpati Kedah tersingkir AFC, aura legenda Sang Kenari takkan pudar di Sabah – Sukan

Next Post

‘Patut Hong Wan kena kad merah’ — Insiden panas warnai aksi TFC-JDT – Sukan

Related Posts