Aksi Perak FC pernah jadi platform bintang import lawan pikat coach skuad Gambia – Sukan


SETIAP pemain bola sepak profesional pastinya memasang impian untuk mewakil negaranya tidak kira sama ada ia adalah aksi persahabatan mahupun dalam sebuah pertandingan.

Namun, untuk mendapatkan peluang menyarung jersi negara, seorang pemain perlulah menampilkan persembahan cemerlang dalam saingan liga kerana setiap jurulatih akan menitikberatkan minit permainan dan kualiti mereka dalam perlawanan domestik.

Seperti kisah bekas seorang pemain import Kelantan United, Alfusainey Gassama yang menjadikan perlawanan menentang pasukan Perak kira-kira tiga tahun lalu sebagai platform untuk memikat pengendali Gambia.

Gassama yang ketika itu berusia 25 tahun mahu membantu pasukan Liga Perdana itu untuk mengecewakan pasukan The Bos Gaurus untuk mendapat tempat ke suku akhir Piala Malaysia dengan ia dimainkan di bawah format kalah mati bagi satu perlawanan.

Memetik laporan media ketika itu, pemain tengah menyerang yang sudah menjaringkan enam gol dan melakukan tiga bantuan dalam 11 perlawanan pada musim 2020 tersebut mengharapkan pertolongan daripada rakannya Ebrima Sohna iaitu pemain kebangsaan Gambia.

Gassama (kanan) sertai Kelantan United pada 2019.

“Rakan saya Sohna, sedang membantu saya untuk mendapat perhatian jurulatih. Dia sedang mengusahakannya. Saya sangat rapat dengannya.

“Penolong jurulatih (Mattar M’Boge) seperti bapa kepada saya. Saya sangat rapat dengan dia dan keluarganya. Dia membesarkan saya sebagai seorang dan pemain bola sepak.

“Kami datang dari kejiranan yang sama jadi lebih baik jika saya boleh bermain di bawahnya dalam pasukan kebangsaan.

“Mereka akan memberitahu jurulatih kebangsaan Tom Saintfiet tentang persembahan saya di Malaysia. Mudah-mudahan, saya berjaya dalam Piala Malaysia dan dapat bermain untuk negara saya. Ia adalah impian setiap pemain,” katanya memetik laporan pada November 2015.

Menurut Gassama, keratan video permainannya di Malaysia akan dihantar kepada Saintfiet untuk penilaian dan kemungkinan akan mendapat panggilan.

Bagaimanapun, pemain yang kini beraksi bersama kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Masfout Club itu masih belum berpeluang untuk menyarung jersi Gambia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas penyerang Harimau Muda beri ‘hint’ tak dibayar gaji oleh kelab Utara – Sukan

Next Post

Piala MFL: Bukan lagi rahsia, Endrick & Arribas bakal gegarkan gawang TFC II – Sukan

Related Posts