Aksi berdepan Kedah ujian getir Bernhardt, tapi ‘underdog’ boleh bikin kejutan — Penganalisis – Sukan


PERUBAHAN ketua jurulatih Kelantan FC seperti tidak membawa sebarang perubahan yang diharapkan pihak pengurusan kelab berkenaan.

Satu kemenangan serta satu siri yang dicatatkan selepas 10 perlawanan Liga Super sememangnya satu perkara yang diharapkan penyokong kelab Pantai Timur itu.

Ketika ini, mereka berada di kedudukan ke-13 liga rentetan daripada lima kekalahan berturut-turut, termasuk ketika dimalukan dengan keputusan 1-6 semasa bertemu Sabah FC di tempat lawan.

Bukan itu sahaja, pasukan ini juga memiliki rekod pertahanan paling ampuh selepas dibolosi sebanyak 34 kali dalam hanya 10 perlawanan.

Jadi, tanda tanya mula diajukan kepada masa depan ketua jurulatih, Frank Bernhardt yang boleh dikatakan gagal untuk menyuntik semangat buat anak-anak buahnya.

Skuad TRW berdepan dengan pelbagai isu di dalam dan luar padang. — Facebook/TRW Kelatan FC

Sebelum ini, pemilik kelab, Norizam Tukiman mengatakan pengendali berasal dari Jerman itu bakal digugurkan jika mengalami lima kekalahan dalam semua pertandingan.

Oleh itu, memandangkan skuad The Red Warriors (TRW) terpaksa pulang dengan tangan kosong dalam tiga perlawanan sepanjang berada di bawah kendaliannya, ada kemungkinan khidmatnya akan disisihkan tidak lama lagi.

Melihat kepada jadual Liga Super ketika ini, Kelantan FC akan berdepan dua cabaran besar, iaitu pertemuan dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC di tempat lawan sebelum menerima kunjungan PDRM FC pada 23 Mei.

Ia boleh dikatakan sebagai ujian getir buat Bernhardt yang sekurang-kurangnya perlu mencatatkan keputusan seri bagi mengubah nasibnya bersama pasukan.

Bagi pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim, naib juara Liga Perdana 2022 itu masih boleh melakukan kejutan.

“Semestinya, mana-mana pasukan yang bertemu dengan Kedah agak risau kerana keupayaan yang boleh ditunjukkan Kedah.

“Bagaimanapun, selalunya, pasukan ‘underdog’ akan melakukan yang sebaliknya seperti mana boleh dilihat secara kebiasaannya. Namun, masih satu tekanan besar untuk Kelantan FC menghadapinya,” katanya kepada Majoriti.

Tambah Zulakbal yang merupakan Tenaga Pengajar Elit AFC itu, tekanan yang dihadapi skuad TRW sedikit memberi kesan kepada mentaliti mereka ketika beraksi di Stadium Darul Aman, Kedah pada 19 Mei.

Zulakbal percaya bahawa kedua-dua pihak sudah mencapai persetujuan sebelum lantikan Bernhardt.

Setakat ini, Kelantan FC hanya merekodkan satu kemenangan, iaitu ketika bertemu Penang FC pada 5 Mac yang pada awalnya memberi semangat buat pasukan Pantai Timur itu.

Di samping itu, mereka juga pernah mencatatkan momen indah apabila berjaya mengikat juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC ketika beraksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan.

Mengulas lanjut, Zulakbal turut berpendapat masa depan Bernhardt yang semakin samar itu bukanlah kesilapan mana-mana pihak kerana terma itu dibuat dengan perjumpaan bersama Kelantan FC.

“Pastinya kelab itu sudah berbincang dan mencapai persetujuan bersama Bernhardt dan jurulatih tersebut pasti sudah ada persetujuan dengan pemilik.

“Jadi, kalau dia dah bersetuju dan memahami keadaan, dia perlu menerima bahawa jika dia kalah lima perlawanan, dia terpaksa keluar kerana perlu ingat bahawa, football is sometime very cruel,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kolaborasi Fandi, Dollah terajui Pahang beri tekanan kepada lawan — Jamal Nasir – Sukan

Next Post

Aidil Sharin akui terima tawaran, tapi bukan dari Terengganu – Sukan

Related Posts