Aguero disahkan hidap masalah jantung, masih dipantau di hospital

SERGIO Aguero dilaporkan telah disahkan menghidap masalah jantung selepas mengalami sesak nafas ketika menentang Alaves pada Sabtu.

Menurut penerbitan Sepanyol, Sport, ujian awal mendedahkan dia mengalami aritmia (arrhythmia), satu keadaan di mana jantung berdegup dengan rentak yang tidak teratur.

Sementara itu, Marca melaporkan bintang Barcelona itu akan kekal di bawah pengawasan doktor di hospital sekurang-kurangnya dua hari lagi untuk menjalani ujian kardiologi lanjut.

Barca tidak bersedia untuk mengambil sebarang risiko dengan situasi Aguero.

Ini bermakna Aguero hanya akan kembali berlatih apabila benar-benar pulih.

Terdahulu media melaporkan Aguero mengalami sesak nafas ketika beraksi di atas padang, sebelum terbaring selepas dia meletakkan tangan di dadanya.

Kakitangan perubatan Barcelona bergegas ke padang membantu Aguero dan meletakkannya di atas pengusung, sebelum dia kemudian bangun dan berjalan perlahan-lahan.

Pemain berusia 33 tahun itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan posisinya digantikan oleh Philippe Coutinho. – Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

United sambar Harrison Parker dari Arsenal

Next Post

Messi rindu segala-galanya tentang Barcelona, mahu kembali ke kelab lama selepas tamat kontrak bersama PSG

Related Posts