Aguero boleh tinggalkan Barca, ikut jejak langkah Messi ke PSG dengan satu syarat

BARCELONA dilaporkan bersedia untuk melepaskan Sergio Aguero dengan satu syarat – bayar semula ganti rugi dan segala faedah yang difikirkan perlu sekiranya bekas ikon Manchester City itu mahu mengikut jejak langkah rakan baiknya, Lionel Messi keluar dari Stadium Camp Nou, menurut laporan Express.

Penyerang Argentina itu baru sahaja menyertai Barcelona awal musim panas ini, namun dikatakan berubah fikiran gara-gara penghijrahan Messi ke Paris Saint-Germain (PSG).

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tidak setia bersama Juventus, ini sebab mengapa Ronaldo tiba-tiba meroyan dan naik angin!

Meskipun Aguero menegaskan akan kekal bersama Barcelona musim ini, ramai pemerhati bola sepak percaya dia sebenarnya masih kecewa dengan ketiadaan Messi di Camp Nou, sama seperti mana apa yang dialami Messi ketika The Catalan gagal mendapatkan semula khidmat Neymar sedikit masa lalu.

Justeru, timbul dakwaan Aguero sedang berura-ura untuk memendekkan kontrak dua musimnya, sekali gus mengikut jejak langkah Messi ke PSG musim depan.

Namun, ia tidak akan dipersetujui sewenang-wenangnya oleh Barcelona yang pasti tidak akan membiarkan Aguero atau mana-mana bintang yang berpotensi meninggalkan kelab itu secara percuma bagi menyeimbangkan kantung kewangan kelab ketika krisis Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beberapa media antarabangsa juga tertanya-tanya mengenai terma kontrak yang ditandatangani Aguero sebelum menyertai Barcelona, termasuk adakah wujudnya klausa pembatalan kontrak kerana jelas kehadiran Aguero di Camp Nou sebelum ini adalah semata-mata untuk bergandingan bersama Messi sebelum bersara.

Jika ia termaktub dalam kontrak, tidak mustahil Aguero cuma beraksi selama semusim bersama Barcelona sebelum menuju ke PSG.

Selain PSG, Aguero juga dilaporkan pernah berada dalam radar pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, namun perpindahan itu dilihat tidak lagi relevan selepas kehadiran semula Romelu Lukaku di Stamford Bridge baru-baru ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts