Agong terima menghadap Pesiden FAM – Sukan


YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di Doha, Qatar.

FAM menerusi hantaran dalam Facebook rasminya pada Khamis memaklumkan Hamidin menghadap Al-Sultan Abdullah selaku peminat nombor satu sukan bola sepak pada Selasa lepas.

“Dalam sesi yang berlangsung selama 30 minit itu, Seri Paduka dan Hamidin turut menyentuh mengenai kepentingan hubungan dua hala Malaysia dengan negara luar, terutama negara ahli FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa),” menurut FAM.

Pada perjumpaan itu, Hamidin turut mempersembahkan jersi Harimau Malaya baharu berwarna kuning (utama/home) dan hitam (kedua/away) bernombor satu dengan nama ‘Abdullah’ kepada Al-Sultan Abdullah.

FAM memberitahu Hamidin hadir ke Qatar atas jemputan Presiden FIFA Gianni Infantino bagi menghadiri perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir Piala Dunia 2022.

Al-Sultan Abdullah kini berada di Doha atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani sempena Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Menurut Istana Negara, dalam rangka lawatan khas selama enam hari bermula 13 Disember, Seri Paduka turut dijadualkan menerima menghadap beberapa pemimpin kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mbappe ada mesej khas buat Messi menjelang final Piala Dunia 2022 – Sukan

Next Post

[VIDEO] Tertarik dengan budaya Muslim di Qatar, jejaka Argentina peluk Islam – Sukan

Related Posts