Adik ‘wonderkid’ Selangor diramal permata baharu Sabah FC – Sukan


SABAH FC diramal menjadi antara pasukan yang ditakuti bagi saingan Liga Malaysia 2023 selepas melihat pada kecemerlangan mereka dalam beberapa siri perlawanan persahabatan pramusim.

Selain daripada aksi pramusim itu, skuad The Rhinos juga mendapat pujian daripada penyokong pasukan lain kerana berhasil membawa masuk beberapa pemain import dan tempatan berkualiti bagi saingan musim ini.

Antara nama terkenal yang ditandatangani skuad Sang Badak ialah penyerang kebangsaan, Darren Lok; pertahanan kental dari Kuala Lumpur (KL) City FC, Irfan Zakaria dan pemain pinjaman dari Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Daniel Ting.

Terbaharu, Sabah FC pula dikatakan akan membawa masuk pertahanan dari Korea Selatan, Ko Kwang-min yang difahamkan akan melengkapkan lima tonggak import skuad The Rhinos pada tahun ini.

Sambil menunggu berita pengesahan mengenai kemasukan pemain import baharu itu, Sabah FC dalam diam sedang menggilap bakat bintang dalam pembikinan yang berharga buat negara pada masa depan.

Shahrol Nizam menjadi antara tonggak tengah pasukan Sabah B-23 tahun.

Pemain yang dimaksudkan ialah Shahrol Nizam Abdul Rahman dan difahamkan prospek tersebut merupakan adik kepada bekas penyerang berbisa Selangor FC, Rozaimi Abdul Rahman.

Menerusi perkongsian dari laman Facebook rasmi skuad Sang Badak, Shahrol Nizam merupakan antara 30 pemain Bawah-23 tahun (B-23) Sabah FC yang akan mewakili kelab tersebut dalam saingan Liga Simpanan.

Anak jati Sabah FC difahamkan akan beraksi di posisi tengah dan dengan pengalamannya yang sebelum ini beraksi bersama skuad Piala Belia JDT diharapkan akan membantu pasukan Sang Badak memenangi saingan Liga Simpanan dan Piala MFL.

Rozaimi pernah memenangi anugerah Kasut Emas ketika perlawanan Malaysia menentang Myanmar pada Pestabola Merdeka 2013.

Menjengah di ruangan komen, majoriti penyokong Sabah FC berharap agar Shahrol Nizam akan mengikuti jejak abangnya yang pernah menjadi salah seorang penyerang yang digeruni seperti satu ketika dahulu.

Rozaimi yang pernah mendapat gelaran ‘wonderkid’ Malaysia itu bagaimanapun semakin hilang tempatnya dalam pasukan Liga Malaysia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2015.

Pada musim lalu, Rozaimi dilantik sebagai Penolong Ketua Panel Pemilih dan Pencari Bakat Sabah FC merangkap Ketua Media Bawah 21 Tahun pasukan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemenang pingat emas berbasikal Sukan SEA gagal tersenarai ke Kemboja – Sukan

Next Post

KJ mahu letakkan JDT sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara – Sukan

Related Posts