Ada ‘plan B’, Nafuzi Zain kongsi sebab tak bawa sama Faisal Halim ke Kedah – Sukan


PEMINDAHAN pemain sayap sensasi kebangsaan, Faisal Halim ke pasukan Selangor FC pada musim depan nyata meninggalkan kesan mendalam buat penyokong bola sepak tanah air.

Manakan tidak, pemain itu sebelum ini cukup menyinar bersama bekas pasukannya di Terengganu FC ketika di bawah kendalian jurulatih Nafuzi Zain.

Memiliki 20 penampilan dan enam jaringan gol pada musim lepas bersama Terengganu, ia sekali gus membuktikan betapa besar impak yang dibawa pemain itu terhadap prestasi Skuad Penyu sebelum ini.

Dalam pada itu, bekas jurulatihnya, Nafuzi juga telah mengambil langkah baharu apabila berhijrah ke negeri Kedah Darul Aman pada musim depan.

Perkhabaran itu nyata menerima sokongan ramai khususnya dalam kalangan penyokong pasukan Kedah FC susulan rekod baik yang dimilki jurulatih itu pada musim lepas.

Ada pihak meluahkan keinginan untuk menyaksikan Faisal turut dibawa masuk bersama jurulatih itu ke Kedah bagi membentuk keserasian yang lebih meyakinkan dengan pasukan baharu.

Namun, perkara itu boleh diibaratkan sebagai angan-angan ‘mat jenin’ susulan kedua-dua individu tersebut sudah membuat pilihan masing-masing dan disahkan tidak akan lagi bersama di bawah satu pasukan pada musim depan.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Nafuzi dikatakan mempunyai sebab dan tujuan tertentu selepas tidak membawa Faisal bersamanya ke Kedah.

Nafuzi memberikan kata-kata semangat dan dorongan pada Fayadh dalam sesi latihan skuad Sang Kenari. — Instagram/KelablegasiKedah

Menurut perkongsian di salah sebuah akaun penyokong rasmi skuad Sang Kenari, Nafuzi meletakkan kepercayaannya kepada seorang lagi pemain muda berpotensi, Fayadh Zulkifli yang dikatakan bakal meningkat naik sama seperti Faisal.

Ketika ditanya soal desas desus Faisal dibawa ke Kedah, Nafuzi berkata, dia kini lebih memfokuskan kepada Fayadh yang dilihat turut berpotensi untuk menyinar.

“Ya, sememangnya Faisal merupakan pemain penting untuk saya, tapi kini saya ada Fayadh yang saya yakin mampu untuk menyinar sama seperti Faisal.

“Kena sentiasa percaya pada diri sendiri Yad, saya percaya Yad boleh buat,” katanya pada pemilik akaun Kelablegasikedah.

Kepantasan dan kelicikan pemain lincah Kedah itu dijangka bakal menyamai rekod Faisal sekiranya berada di bawah kendalian Nafuzi.

Di bawah kendalian Ketua Jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin Sahak sebelum ini, Fayadh sering dimasukkan sebagai pemain gantian bagi merobek gawang lawan untuk tempoh 20 atau 15 minit terakhir.

Taktikal itu dilihat antara resepi utama yang digunakan Aidil satu ketika dahulu bagi mengkucar-kacirkan benteng pertahanan pasukan lawan dengan gerakan lincah dimiliki pemain berketinggian 1.60 meter itu.

Justeru, penyokong Kedah kini sudah boleh melupakan impian dan harapan terhadap Faisal Halim, sebaliknya terus memberikan tumpuan dan dorongan pada seorang lagi ‘permata’ Kedah yang bakal menyinar pada musim depan.

Doa dan harapan peminat semestinya bakal mengiringi pemain itu untuk mempamerkan persembahan bermutu tinggi pada saingan Liga Super 2023 nanti sekali gus menjadikan beliau antara pemain ternama di Malaysia satu hari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Demi 3 faktor, Syafiq Ahmad perlu ikut jejak bintang Sabah dan JDT – Sukan

Next Post

Speedy Tigers mara ke suku akhir Piala Dunia 2023 – Sukan

Related Posts