Ada perkara merisaukan Fandi Ahmad menjelang aksi menentang Penang FC – Sukan


KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, enggan menjadikan aksi di sebelah petang sebagai alasan untuk pasukannya tidak beraksi seperti yang diharapkan menjelang pertemuan dengan Penang FC di Stadium Darul Makmur, Pahang esok.

Pengendali Tok Gajah turut menggesa anak buahnya untuk berwaspada dengan rencana yang akan ditampilkan Harimau Kumbang bimbingan Manzoor Azwira menjelang perlawanan itu.

Sri Pahang FC perlu berhati-hati dengan kejutan yang bakal dilakukan oleh Penang FC.

“Kami tiada masalah dalam latihan tetapi kami kekurangan perlawanan kerana liga baru sahaja berehat panjang,” katanya kepada Astro Arena.

“Kami agak risaukan perkara itu kerana momentum kami agak lari sedikit tetapi kami ada melakukan dua aksi persahabatan dengan pasukan di sini.

“Apapun, kami perlu yakin akan kembali mendapatkan prestasi terbaik dan saya harap pemain kami tidak ‘berkarat’.

“Kebelakangan ini, saya dapat lihat momentum pemain sudah mula meningkat.

“Dengan cuaca yang adakalanya hujan dan adakalanya panas terik, kami harus memiliki mentaliti yang kuat dan persiapan daripada segi fizikal.

“Matlamat kami adalah untuk mendapatkan mata penuh di tempat sendiri walaupun kami tahu kebangkitan yang dilakukan pasukan Penang amat hebat,” katanya.

Mengenai aksi di sebelah petang, Fandi mengharapkan cuaca panas berbanding hujan kerana jika hujan, padang pasti akan banjir.

“Mudah-mudahan kami akan mendapat cuaca yang baik dan apa yang penting setiap pemain perlu bersedia untuk menempuh keadaan cuaca seperti ini,” jelasnya. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Legend’ Perak yakin Safawi Rasid pilih kelab tak ‘hilangkan’ prestasi, kredibiliti – Sukan

Next Post

Selepas setahun, JDT akhirnya ‘tunaikan’ hasrat Forestieri – Sukan

Related Posts