Acara serah pingat bercahayakan lampu kereta, Sukan SEA Kemboja jadi bahan gelak tawa warganet – Sukan


SUKAN SEA merupakan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara yang menyaksikan 11 buah negara di benua tersebut iaitu Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste, Vietnam dan Brunei akan turut serta dalam kejohanan berkenaan.

Pada Sukan SEA ke-32 tahun ini menyaksikan Kemboja dipilih sebagai tuan rumah bagi temasya sukan dwi-tahunan tersebut dan ia merupakan penampilan pertama negara tersebut menjadi penganjur dalam tempoh 64 tahun sejak ia mula diadakan pada 1959 dengan nama temasya Sukan SEAP.

Stadium Nasional, Morodok Techo menjadi venue bersejarah ketika upacara pembukaan Sukan SEA ke-32 itu dengan percikan bunga api dan persembahan kebudayaan Kemboja memeriahkan majlis gilang-gemilamg pada Jumaat lalu.

Namun beberapa hari selepas acara penuh makna itu, penganjuran Sukan SEA di Kemboja mendapat kritikan daripada orang ramai khususnya petugas dan atlet yang menghadiri temasya sukan berprestij tersebut.

Kemboja bertanggungjawab sebagai tuan rumah dikatakan gagal untuk menjadi penganjur yang baik apabila fasiliti dan kelengkapan mereka dianggap tidak sesuai bagi acara sukan bertaraf antarabangsa.

Dakwaan tersebut bukanlah sekadar tuduhan tidak berasas oleh pihak pelawat berikutan baru-baru ini tular jawatankuasa Sukan SEA 2023 hanya menggunakan lampu kereta sebagai sumber pencahayaan ketika sesi penyerahan pingat.

Detik penyerahan pingat yang sepatutnya meriah buat atlet jalan kaki Indonesia, Hendro Yap bertukar suasana menjadi pilu walaupun dia meraih emas dengan catatan masa 1 jam 40 minit 42 saat.

Berdasarkan video yang berdurasi 17 saat itu, lampu kereta berkenaan hanya menerangi ketiga-tiga pemenang pingat acara jalan kaki namun cahaya tersebut tidak mampu menampung keadaan sekeliling.

Tidak kurang juga ada warganet yang mentertawakan keadaan serba tidak lengkap badan penganjur itu.

Walaupun negara berkenaan mempersiapkan diri selama tujuh tahun dengan pembangunan infrastruktur dan pembinaan kapasiti atlet namun dengan kejadian seperti di acara jalan kaki itu ia tidak menggambarkan sebaliknya.

Sebelum ini, Kemboja juga dikritik terutamanya dari warga Indonesia apabila menyaksikan kejadian bendera negara tersebut dipasang terbalik ketika upacara pembukaan sukan terbesar Asia Tenggara ke-32 itu.

Rentetan kejadian itu, pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) mengambil tindakan segera dengan memohon maaf kepada Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pesilat kembar siam dari Kedah mahu kilauan peringkat dunia lepas sumbang emas di Sukan SEA – Sukan

Next Post

Andai mahu capai ‘next level’, Sabah FC perlu fikir 3 faktor sebelum sambar ex import Kelantan – Sukan

Related Posts