ABK 2022: Arif Aiman tepati ramalan, sambar gelaran MVP 2 musim berturut-turut – Sukan


BINTANG muda sensasi Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi menepati ramalan selepas merangkul anugerah khas Pemain Paling Bernilai (MVP) bagi musim kedua berturut-turut menerusi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK2022) yang berlangsung secara virtual pada Khamis.

Pemain sayap lincah Harimau Selatan itu berjaya mempertahankan gelaran dimenangi musim lalu selepas persembahan cemerlang dan konsisten sepanjang musim bersama JDT.

Acara tahunan berprestij bola sepak tempatan itu turut menyaksikan ubi muda berusia 20 tahun itu turut membolot dua anugerah lain iaitu Pemain Muda Terbaik dan Penyerang Terbaik, anugerah sama yang dimenanginya musim lepas.

Arif Aiman menjadi antara tunjang utama kepada kejayaan luar biasa JDT yang melakar sejarah meraih quadruple dengan menyapu bersih semua kejuaraan musim ini iaitu Liga Super, TM Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Mukhairi Ajmal menjadi pemain pertama menggondol anugerah Gol Terbaik yang diperkenalkan buat pertama kali dalam ABK 2022. — Facebook

Pemain tempatan termahal Liga Malaysia dengan tanda harga RM1.86 juta itu menerima Anugerah MVP selepas diumumkan oleh Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan.

Sementara itu, bintang muda Selangor FC, Mukhairi Ajmal Mahadi menjadi pemain pertama menggondol anugerah Gol Terbaik yang diperkenalkan buat pertama kali dalam ABK 2022.

Kategori Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 merupakan kategori baharu yang dipertandingkan pada tahun ini di mana keputusan akan ditentukan berdasarkan undian daripada para penyokong.

SENARAI PENUH PENERIMA ANUGERAH ABK 2022

Anugerah Fair Play – PJ City FC

Penjaring Tempatan Terbanyak Liga Perdana – Daryl Sham (JDT) dan Nurshamil Abdul Ghani (Kelantan FC) (9 gol)

Penjaring Import Terbanyak Liga Perdana – Abu Kamara (Kuching City) (11 gol)

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Darren Lok (PJ City FC) (10 gol)

Penjaring Terbanyak Import Liga Super – Bergson da Silva (JDT) (29 gol)

Penjaga Gol Terbaik – Ahmad Syihan Hazmi (NSFC)

Pertahanan Terbaik – Shahrul Saad (JDT)

Pemain Tengah Terbaik – Afiq Fazail (JDT)

Pemain Muda Terbaik – Arif Aiman Hanapi (JDT)

Bergson da Silva (kanan) dinobatkan sebagai Pemain Pemain Import Terbaik ABK 2022. — Facebook

Pemain Import Terbaik – Bergson da Silva (JDT)

Penyerang Terbaik – Arif Aiman Hanapi (JDT)

Jurulatih Terbaik – Nafuzi Zain (Terengganu FC)

Gol Terbaik – Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)

Pasukan Terbaik – JDT

Anugerah Kasut Emas – Bergson Da Silva (JDT)

Anugerah Khas Pemain Paling Bernilai (MVP) – Arif Aiman Hanapi (JDT) — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Tertarik dengan budaya Muslim di Qatar, jejaka Argentina peluk Islam – Sukan

Next Post

Lee Tuck tak perlukan ‘mesin’ untuk jadi lebih hebat daripada Safawi Rasid – Sukan

Related Posts