‘A big name in town’, lupakan mimpi ngeri, bekas peledak import Sang Kenari cetak gol sulung bersama kelab Qatar – Sukan


KEKECEWAAN merupakan antara kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan perasaan penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC yang menyakiskan kemerosotan ketara pasukan itu pada 2022.

Oleh itu, dalam usaha mereka untuk bangkit semula, usahawan tempatan, Tan Sri Mohd Daud Bakar mengambil keputusan drastik apabila membeli saham majoriti pasukan pada September lalu.

Meskipun tidak mempunyai pengalaman dalam dunia bola sepak, Mohd Daud yang juga merupakan anak jati Negeri Jelapang Padi tidak menunggu lama untuk membantu skuad Sang Kenari.

Antara langkah awal diambil pihak pengurusan adalah dengan melakukan rombakan besar-besaran untuk memberi ruang kepada pemain baharu yang bakal dibawa masuk ketika jendela perpindahan.

Ini termasuk keputusan untuk menyingkiran penyerang bertubuh sasa, Ronald Ngah Wanja walaupun dia berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak pasukan pada musim lepas.

Bagi segelintir pihak, tindakan untuk tidak mengekalkan khidmat pemain kelahiran Cameroon itu cukup merugikan apabila dia jarang mensia-siakan peluang di hadapan pintu gol.

Namun, sekiranya gaya permainan ‘Pak Ngah’ diperhatikan dengan lebih teliti, dia tidak boleh dianggap sebagai seorang yang sesuai dengan taktikal bola sepak tempatan.

Perkara itu adalah kerana pemain berusia 31 tahun itu kerap menunggu bola dan jarang membantu rakan sepasukan dalam merencanakan gerakan di atas padang.

Pendapat tersebut disokong apabila tiada pasukan Liga Malaysia yang berminat untuk mendapat khidmatnya meskipun tiada yuran perpindahan diperlukan untuk mendapatkan khidmatnya.

Pak Ngah menjaringkan gol pertamanya buat Al-Khor SC. — Instagram/al_khorsc

Oleh itu, untuk meneruskan kariernya, Pak Ngah memilih untuk berhijrah ke Timur Tengah bagi membolehkannya menyertai kelab divisyen dua Qatar, Al-Khor SC.

Meskipun dia baru sahaja sah mengikat kontrak pada Selasa lalu, khidmatnya terus ditagih pasukan kendalian Winfried Schafer tersebut.

Lebih menarik lagi, Ronald juga dilihat tidak bergelut untuk mendapatkan keserasian apabila dia berjaya menjaringkan gol pertamanya ketika berdepan Al-Kharaitiyat.

Kenangan manis itu dikongsikan pemain berketinggian 1.9m berkenaan menerusi satu hantaran di laman Instagram peribadinya berserta satu kapsyen menarik.

“A big name in town,” tulisnya ringkas.

Kejayaan Ronald untuk mendapatkan gol sulungnya itu pasti cukup bermakna apabila ia membantu Al-Khor mencatatkan keputusan seri.

Ketika ini, skuad The Knights sedang dalam usaha untuk kembali ke divisyen teratas Qatar selepas mengumpul 16 mata daripada tujuh perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Masih setia bersama The Citizens, Guardiola dakwa 19 kelab EPL komplot jatuhkan Man City – Sukan

Next Post

Hannah percaya Azeem mampu hadiahkan pingat emas Olimpik buat negara – Sukan

Related Posts