“Kerjaya saya di Old Trafford masih selamat”- Solskjaer

JURULATIH Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan masa depannya di Old Trafford tidak perlu dibimbangkan.

Solskjaer berkata demikian menjelang aksi berdepan Watford pada petang Sabtu.

Masa depan pengendali dari Norway itu terus menjadi tanda tanya selepas tiga prestasi buruk daripada empat perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pakar bola sepak dan peminat United telah menggesa beliau dipecat berikutan kekalahan pasukan itu kepada Liverpool dan Manchester City baru-baru ini.

Bagaimanapun, Solskjaer apabila ditanya mengenai masa depannya bersama kelab berkenaan berkata, dia tetap berasa ‘selamat’.

“Ya. Pemain, kakitangan, saya sendiri dan pasukan bekerja untuk tujuan yang sama iaitu untuk terus perbaiki, dapat keputusan lebih baik. Penyokong masih setia menyokong pasukan dan kelab, ketika tempoh sukar yang dilalui untuk memastikan pasukan kembali bangkit,” kata Solskjaer.

“Apabila anda tewas perlawanan sememangnya ia perasaan yang mengecewakan selain berdepan pelbagai tekanan. jadi kami berbincang secara terbuka dan jujur. Minggu ini suasana yang baik ketika latihan,” katanya lagi. – Dailypost

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Walaupun 17 tahun di Liverpool, Gerrard janji pada penyokong Villa dia akan beri komitmen penuh

Next Post

SEA Talks warnai UniPin SEACA 2021… Pemenang kejohanan bakal raih hadiah terkumpul RM191,000

Related Posts