“Kaki saya lebih banyak dari trofi United menang sejak 8 tahun lepas,” Troll Elliot makan diri

BINTANG Liverpool, Harvey Elliott membalas ejekan seorang penyokong Manchester United tentang kecederaan yang dialaminya tetapi malangnya dia tersilap fakta.

Pemain berusia 18 tahun itu baru selesai menjalani pembedahan buku lali di London pada Selasa, selepas mengalami kecederaan mengerikan itu ketika menentang Leeds United pada Ahad.

Namun kecederaannya menjadi ejekan seorang peminat Manchester United di TikTok yang menyebut, “Dia tidak akan berjalan seperti biasa lagi.”

Elliot kemudiannya membalas dengan berkata,” Saya mempunyai lebih banyak kaki berbanding trofi yang dimenangi United dalam tempoh lapan tahun lepas.”

Komen Elliot yang akhirnya memakan diri kerana tersilap fakta.

Tetapi penyokong seterus Liverpool bertindak pantas ‘membahan’ kesilapan Elliot dengan mengatakan United telah memenangi empat trofi sejak 2013.

Red Devils memenangi Piala FA dan Perisai Komuniti pada 2016, kemudian Piala EFL dan Liga Europa pada tahun berikutnya.

United bagaimanapun tidak menang sebarang trofi sejak 2018 walaupun hampir menang Piala Europa ketika menentang Villareal.

Seorang lagi penyokong United mengejek Elliot dengan berkata,”Nampaknya matematik bukan kepakarannya.” — DailyMail

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Miliki 13 kereta termasuk Ferrari bernilai RM143 juta, Messi ungguli senarai atlet punyai koleksi kereta termahal

Next Post

Keluarga jalani terapi, kemalangan ski Michael Schumacher bawa impak besar dalam kehidupan

Related Posts