‘1st time tewaskan MU sejak jadi coach TFC’, Nafuzi Zain harap Rahadiazli kembali ‘fit’ sebelum final Piala FA – Sukan


PELUANG Terengganu FC untuk mencabar semula kedudukan ketiga teratas terbuka semula selepas pasukan itu berjaya menumpaskan Melaka United FC di Stadium Sultan Zainal Abidin pada Sabtu malam.

Ketua jurulatih skuad Sang Penyu, Nafuzi Zain berkata, kejayaan menentang skuad Hang Tuah itu cukup bermakna buat anak-anak buahnya yang meletakkan mereka tidak jauh daripada Negeri Sembilan di tempat ketiga dengan hanya tiga mata perbezaan.

“Alhamdulilah tiga mata penting berjaya diraih untuk Terengganu kembali merapatkan kedudukan dengan dua pasukan di atas.

“Kemenangan ini bagus untuk menaikkan keyakinan pemain. Ini juga adalah kemenangan pertama saya ke atas Melaka United FC sejak menjadi jurulatih TFC pada 2019,” katanya selepas perlawanan tersebut.

Namun, ketua jurulatih itu juga mengingatkan agar pasukan itu terus mengekalkan momentum kemenangan ini bagi menghadapi perlawanan akhir Piala FA dan lima permainan akhir dalam saingan Liga Super.

Sementara itu, Nafuzi turut berkata, penjaga gol skuad Sang Penyu, Rahadiazli Rahalim telah kembali sedar di hospital selepas pengsan berikutan pertembungannya dengan pemain lawan, Harith Naem Jaineh.

Bagaimanapun, keadaan penjaga gawang itu masih belum boleh dijelaskan dengan lanjut kerana masih belum ada laporan daripada pihak pasukan perubatan.

“Saya belum boleh beritahu lebih lanjut kerana perlu menunggu perkembangan daripada pasukan perubatan tetapi saya berharap supaya beliau (Rahadiazli) dapat pulih dan bermain di perlawanan akhir Piala FA Sabtu depan,” katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kita menang dok tadi boh?’ — Satu Ganu doakan kesejahteraan Rahadiazli Rahalim – Sukan

Next Post

Legenda Liverpool ada teori mengapa Mo Salah tak ‘perform’ macam musim lepas – Sukan

Related Posts