13 bintang HM pastikan Gergasi Merah takluk derbi Lembah Klang – Sukan


KEPULANGAN 13 pemain Selangor FC selepas menyahut panggilan skuad Harimau Malaya ternyata melegakan skuad Gergasi Merah apabila pasukan itu menundukkan Kuala Lumpur (KL) City FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurut ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

“Ia merupakan kemenangan penting dalam aksi derbi Lembah Klang dengan pasukan masing-masing mahu memburu kemenangan. Bukan sesuatu yang mudah kerana baru semalam saya dapat mengumpulkan kesebelasan terbaik pasukan.

“Namun kita berjaya meraih kemenangan itu dan saya yakin ia boleh menjadi pembakar semangat pasukan untuk terus mencipta kemenangan dalam aksi liga selepas ini,” katanya dalam sidang media selepas mencatat kemenangan menewaskan seteru setempat, KL City FC 3-1 pada Jumaat.

Cheng Hoe berkata, berbekalkan adunan pemain kebangsaan di dalam skuadnya turut menjadi pemangkin kepada kejayaan dicipta ke atas KL City.

“Kebanyakan mereka telah bermain di perlawanan antarabangsa dan ia sedikit sebanyak membantu daripada segi keyakinan pasukan ini serta berhasil membawa permainan ke tahap lebih baik,” katanya.

Selangor dijadualkan bertemu Negeri Sembilan FC pada Selasa ini. Skuad Gergasi Merah itu, kini menduduki tempat ketiga di belakang Sabah FC yang berada di tempat kedua dengan masing-masing berkongsi 13 mata. Johor Darul Takzim (JDT) mengungguli carta dengan 18 mata. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan sahaja atlet biasa, team eSports ada cabaran tersendiri ketika berpuasa – Sukan

Next Post

Bukan macam EPL, Perancis tak hentikan aksi bagi peluang pemain berbuka puasa – Sukan

Related Posts