‘0.5 peratus pun tak nampak bayang’, lagi tonggak TRW guna InstaStory luah isu tunggakan gaji – Sukan


TIDAK boleh dinafikan bahawa Kelantan FC merupakan pasukan paling teruk terjejas akibat masalah gaji yang dialami mereka sejak beberapa bulan lalu.

Situasi buruk itu menyaksikan kelab Pantai Timur berkenaan acap menjadi ‘kelab belasahan’ dengan kekalahan mengecewakan terus direkodkan.

Kemuncak kepada masalah tersebut menyebabkan skuad The Red Warriors (TRW) terpalit dengan reputasi buruk setelah muncul pasukan Liga Super pertama dibolosi lebih 100 gol dalam semusim.

Angka berkenaan dijangka akan terus meningkat memandangkan skuad kendalian Alfredo Vera masih perlu berdepan PDRM FC dan Kelantan United sebelum tirai musim dilabuhkan.

Jadi, dalam usaha memastikan situasi berkenaan tidak berulang pada 2024, pihak pengurusan Kelantan FC sudah beberapa kali menegaskan mereka akan mencari jalan penyelesaian.

Perkongsian daripada Fazrul dan Muhaimin dalam Instastory masing-masing.

Ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Ahmad Muzakkir Hamid yang menjelaskan bahawa masalah gaji sedang diuruskan dengan 90 peratus berjaya diselesaikan.

Langkah itu dibuat setelah pasukan berkenaan tidak diberikan lesen kebangsaan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mereka beraksi dalam Liga Super musim depan.

Kata-kata diungkap Muzakkir itu pada awalnya diterima baik segelintir penyokong yang berasakan langkah awal sudah diambil demi membaiki kebajikan pemain dan staf kejurulatihan.

Namun, panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari apabila beberapa pemain skuad TRW bertindak mendedahkan yang sebaliknya.

Antara yang berbuat demikian ialah dua pemain muda, Fazrul Amir Zaman dan Muhaimin Izzudin Asri menerusi hantaran di InstaStory masing-masing.

Fazrul (kiri) dan Muhaimin merupakan antara pemain yang kekal bersama skuad TRW sejak awal musim. — Facebook/TRW Kelantan FC

“0.5 peratus pun tidak nampak bayang, ini pula nak (kata) 90 peratus ingin selesai. Cukup lah pusing, maaf bulan lapan sehingga kini belum,” kata Muhaimin.

Kata-kata pemain berusia 21 tahun tersebut kemudiannya repost oleh Fazrul yang turut menegaskan bahawa isu tersebut masih belum diselesaikan.

Sebelum ini, kedua-dua mereka dikhabarkan menerima tawaran ketika jendela perpindahan kedua Liga Super, namun masing-masing memilih untuk kekal bersama skuad TRW.

Namun, perkembangan semasa menyaksikan Fazrul dikhabarkan sudah dirisik sebuah kelab Pantai Timur sementara Muhaimin masih berdiam mengenai masa depannya.

Sebelum ini, First Instance Body (FIB) MFL memberi ‘talian hayat’ buat skuad TRW untuk kekal beraksi dalam divisyen utama musim depan.

Mereka masih diberikan peluang sekiranya isu tunggakan gaji berjaya diselesaikan sebelum Disember 2023 selain perlu membayar denda bernilai RM20,000. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Yusri tidak jemu-jemu buat congakan – Sukan

Next Post

[VIDEO] Angkara kata-kata kesat, tak pasal-pasal Dion Cools dilabel antara ‘budak jahat’ Buriram United – Sukan

Related Posts