0.01 saat yang perit buat Great Britain, kena troll lepas kalah kepada Itali di Olimpik

GREAT BRITAIN terlepas peluang untuk menembus kekalahan salah satu negara kepulauannya, England pada kejohanan Euro 2020 lalu di tangan Itali apabila tewas kepada lawan sama dalam acara 4X100 meter di Sukan Olimpik Tokyo.

Lebih memeritkan mereka kalah dalam acara itu dengan hanya dipisahkan 0.01 saat.

Di awal perlumbaan, kuartet Great Britain menerusi CJ Ujah, Zharnel Hughes dan Richard Kilty berjaya mendahului pelumba lain namun pelari terakhir, Nethaneel Mitchell-Blake dipintas oleh wakil Itali, Filippo Tortu.

Keputusan itu jelas menghadirkan kekecewaan selepas kekalahan anak buah Gareth Southgate di Euro 2020 di Wembley, bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh bangkit semula! Aksi dramatik Shah Firdaus iringi Azizulhasni ke suku akhir acara keirin!

ARTIKEL BERKAITAN: Terlepas pingat emas gara-gara kuda buat perangai!

Sebaliknya, kejayaan kuartet 4X100m ini memberikan satu tanda aras yang cukup cemerlang buat Itali pada musim panas kali ini, selepas turut memperoleh emas dalam acara 100m.

Peminat di media sosial juga turut menjadikan kekalahan Great Britain itu sebagai jenaka dengan seorang daripadanya memuat naik ciapan berbunyi : ‘It’s coming Rome #4×100 #italy #athletics #Azzurri #Italiateam #Tokyo2020 #Olympics.

Antara troll yang dibuat oleh penyokong England selepas Great Britain tewas adalam acara 4X100meter di temasya Olimpik.

Ada juga peminat yang membuat ‘meme photo finish’ yang menunjukkan pertahanan Itali, Giorgio Chiellini menarik bintang muda England, Bukayo Saka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketika Euro 2020 sebelum ini, skuad Three Lions kecewa apabila Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Saka gagal menyempurnakan penalti.

Dalam pada itu, Kilty tidak menyalahkan Mitchell-Blake kerana pertandingan ini lebih kepada berpasukan.

“Dia seorang pelari yang memiliki kaki yang hebat. Dia kelihatan kecewa tetapi ini adalah acara berpasukan.

“Dia sudah menjadi sebahagian daripada tiga pelari terpantas dalam sejarah British. Dia seorang legenda dan dia bawa kami pulang dengan pencapaian luar biasa.” – Daili Mail

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MRI sahkan Shah Firdaus tak alami kecederaan rusuk

Next Post

Paralimpik Tokyo: Sekali lagi penyertaan perenang Muhammad Nur Syaiful dibatalkan

Related Posts